Tuesday, December 20, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 6

Tuesday, December 20, 2011,5:39 PM | Comment
Alia menjongket bahu. " Okayy la kalau kau dah merayu macam tu sekali."
Azrul tersengih. "Kau memang baik hati."

**********

"Azira bergaduh dengan Alia ke?" Nurul menyoal.
"Agaknya. Aku tengok dorang dah tak borak macam biasa. Dengar cerita la dorang gaduh pasal Azrul." Kata Hazlin.
"Yeke. Patut la tadi aku nampak Azrul macam tengah pujuk Alia." Nurul kata.
"Pujuk Alia?"

Azira berdiri kaku disebalik pintu toilet itu. Dia baru saja nak keluar tapi terdengar perbualan mereka tadi , dia tidak jadi.

Nurul : Yela. Tu yang aku nampak tadi.
Hazlin : Kann aku cakap? Tak lama lagi dorang break-up la tu.

Azira tergamam. 'Jangan mengarut la. Azrul memang suka Alia.'

**********

Azira terasa tangannya sejuk. Dah sampai masanya. Dia dapat agak yang Azrul akan cakap yang dia suka Alia. Dia nak minta putus dan maaf.

'Azira, saya terpaksa. Saya tak pernah sukakan awak. Ni Alia yang suruh.' 

Memang ni yang dia nak cakap. Okayy aku dah sedia. Kalau tak kenapa Alia ada sekali. Aku mesti  kuat semangat!

"Berusaha!" Azira tiba-tiba bersuara kuat.
Azrul yang dudk di depannya mengerut dahi. "Awak okay ke ni?"
Azira : Ya , saya dah sedia.
Azrul : Sedia??
Azira : Ya, sebelum tu bagi saya kata sepatah dua.

Muka Azrul seperti keliru.
Azrul : Walaupun saya tak tahu kenapa tapi awak dibenarkan memberi sepatah dua kata.

Azira menarik nafas dan hembus perlahan-lahan.

Azira : Saya nak bagitahu. Saya terima apa pun keputusan awak. Saya gembira kalau ini buat awak gembira. Kadang-kadang kita kena lepaskan apa yang kita sayang. Takpe , saya faham.
Azrul : Keputusan apa? Lepaskan apa yang kita sayang??

Betul ke Azrul bingung ke dia berlakon? Tunggu sambungan.

teddygurlz 


Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

No comments:

Post a Comment

Awak comment , saya balas !