Monday, December 19, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 4

Monday, December 19, 2011,4:25 PM | 2 Comment
"Tu macam suara Hazlin , si kaki gosip tu." kata Azira dalam hati.

   "Kenapa pulak?" suara kawan baiknya Nurul.
          "Lynn putus sebab Zahir suka dekat kawan Lynn masa sekolah dulu."
          "Betul ke?"
          "Maklumat aku tak pernah salah la. Lagipun Alia tu sesuai dengan Azrul tu. Si Azira tu penyibuk. Aku rasa mereka suka sama suka tapi disebabkan ada penyibuk tu."
          "Itu cuma teori kau je."
          "Aku ada spy la." Hazlin bersuara.

Bila mereka sudah jauh, Azira keluar dari tempat persembunyian dia. "Jahat betul dia kata aku penyibuk."

**********

Azrul : Aku ada VCD anime favourite kau tu? Nakk?
Alia : Taknak la. Aku nak tengok kat TV sampai habis.
Azrul : Lambat la kat TV tu. Aku beritahu ending dia??
Alia : Taknak. Kalau kau cakap jugak aku taknak bagi pinjam apa-apa.
Azrul : Kau suka mengugut ?
Alia : Dah memang sifat semula jadi aku.

Kemudian Alia mengangkat tangan bila dia nampak seseorang dibelakang Azrul.

Alia : Azira , sini la . 
Azira : Ishhh penat betul la.
Alia : Ni Azrul baru nak pulangkan. *sambil tunjuk VCD yang Azrul pinjam. Aku ingatkan dah hancur.
Azrul : Heyy aku jaga elok-elok tau tak barang kau tu. Lambat sikit dah bising.
Alia : Hah tadi kau suruh aku pulangkan apa kat Azira. Alang-alang dia dah ada depan bijik mata kau ni.
Azrul : Hah yess. Ni nak pulangkan buku Harry Potter yang awak suruh saya baca tu.

Then mereka berperang mulut mengenai buku Harry Potter tu.

Azira : Alia , kau pun sokong aku kann??
Alia : Errr aku tak tahu.
Azira : Ala, kita kan ada tengok wayang dulu.
Alia : Aku tak ingat la.
Azrul : Kami memang sehati sejiwa. *menyampuk tiba-tiba.

Azira mengetap bibir, mengangkat beg dan terus beredar dari situ.

Alia : Kau ni bebal ke apa.
Azrul : Asal pulak? Aku just cakap kita ni sehati sejiwa.
Alia : Tu la puncanya. Kau tau tak dia tu fikir yang aku ni orang tengah antara kau dengan dia.
Azrul : Dia tu tak tahu bergurau la .

Nak tahu ape terjadi antara mereka?

teddygurlz 






Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

2 comments:

  1. damn hazlin..gua emosi dah..

    cik azira,yang sama tak semestinya harus bersama.tak sependapat tak semestinya tak serasi..

    perbezaan penting dalam percintaan.baru tak bosan sebab pasangan akan belajar benda baru (perkara yang disukai pasangan)..


    love is so complicated.tapi, berbaloi jika ada sifat saling memahami.. :)


    p/s:komen dah berjela walaupun sebenarnya nak cakap "Gud job writer" :)

    ReplyDelete
  2. Penuh emosi ye akak bace . hehe .

    ReplyDelete

Awak comment , saya balas !