Friday, December 16, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 1

Friday, December 16, 2011,4:31 PM | 2 Comment
 ‘ Aku cuma cakap kopi ‘O’ tak sedap, kopi ais lagi sedap ,
Itupun dia nak cari gaduh dengan aku.
Entah apa-apa.’

 Episod 1 :

Pintu bilik terbuka luas secara tiba-tiba dan Azira meluru masuk dengan muka yang masam. Beg yang dipegang dihempasnya ke katil dan membuka pintu almari dengan ganas. Baju yang terlipat kemas dikeluarkan dan dicampakkan ke lantai. Kemudian dia duduk bersila sambil tangannya pantas melipat baju.
Alia yang sedang baring sambil membaca buku bertanya tanpa menoleh, “Kau gaduh dengan Azrul lagi?”
      “Yela, dengan siapa lagi?” Tangan Azira masih pantas melipat baju.
     “Azrul tak guna!”


     “Pasal apa pula kali nie?” Alia menyoal selamba. Perkara macam ni dah biasa berlaku.
     “Dia kata kau gemuk lagi?”
     “Lagi teruk daripada tu?” Dia kata aku ni degil, tak matang dan suka fikir yang bukan-bukan.”
     “Tapi tu memang betul…..”Alia bersuara perlahan tapi masih boleh didengari.
     “Apa dia?”
     “Ehh, tak ada apa-apa.”


     “Aku cuma cakap kopi ‘O’ tak sedap, kopi ais lagi sedap , itu pun dia nak gaduh dengan aku . Entah apa-apa.
     “Gaduh sebab air kopi?”
     “Bunyi memang tak masuk akal tapi kau tak faham , dia kata dari minuman yang kita minum dengan makanan yang kita makan boleh tentukan sifat seseorang. Dan dia kata dia macho sebab minum kopi ‘O’. Perasan betul. Dia tu tak macho langsung. Dia macho ke Alia?”
     “Tak.”
     “Itulah dia!”


Kemudian Azira membebel tanpa Alia dengar butirnya tetapi Alia cuma ada dengar Azira cakap ‘Azrul memang macam tu’. Kerap sangat Azira dan Azrul bergaduh, dia sebagai kawan baik merasakan ini perkara biasa. Tiada yang serius.
     “…… betul tak apa aku cakap tadi?”  Azira tiba-tiba menyoal.
     “Apa?”
     “Kau dengar tak apa aku cakap tadi? Janganlah baca buku tu lagi.”
Azira  merampas buku dari tangan Alia.


     “Silence of the Lamb. Heyy  ni buku aku.”
     “Aku pinjam kejap.”
Azira tiba-tiba mengeluh.
     “Kau bosan ke?”Alia bertanya dan wajah Azira seperti keliru.
     “Dia tak beritahu kau apa-apa ke? Lagipun….. kau kan rapat dengan dia sejak sekola rendah lagi.”


Dia dah mulalah tu. Walaupun Azira tak pernah cakap tapi Alia tau apa  yang Azira fikirkan.
    “Baik kau jangan fikir bukan-bukan.” Alia mengambil bukunya semula ditangan Azira.
“Malam ni mesti Azrul call kau dan korang akan berbaik. Percayalah cakap aku.”


Adakah Azira dan Azrul akan berbaik?? Bagaimanakah cara mereka berbaik? Tunggu next post oke . 

teddygurlz 

Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

2 comments:

Awak comment , saya balas !