Saturday, December 17, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 2

Saturday, December 17, 2011,2:49 PM | Comment

Azira dan Alia turun daripada bas dan menuju ke arah pusat beli-belah yang menjadi destinasi mereka.

Alia : Hari ni kau tak keluar dengan Azrul? Kau dah berbaik dengan dia kan?
Azira : Dah. Hari ni dia keluar dengan member dia. Sometimes kita kena bagi space kat pasangan masing-masing kann?
Alia : Patutlah Azrul suka kau….  * tapi terdengar bunyi hon kereta yang sangat kuat sehingga menenggelamkan suara Alia tadi.

 Azira : Hari ni aku temankan kau shopping. Biar aku jadi perunding kau.
Alia : Rasanya tak perlu la. Kau tak temankan Lynn?

Lynn adalah roommates mereka di asrama.

Azira : Aku taknak kacau dia tapi aku risaukan . Kalau-kalau dia buat benda yang bukan-bukan. Sepatutnya ada orang di sisi dia.
Alia : Kau tak perlu risau , dua tiga hari nanti elok lah tu.
Azira : Aku tak rasa semudah tu. Lynn memang kuat tapi aku dapat tahu dia dah putus cinta 4kali.
Alia : Hah , bagus lah tu . At least dia dah biasa dan boleh terima semua ni.
Azira : Teruklah kau ni.

Alia : Memang kejam sikit apa yang aku cakap tapi hidup ni lagi mencabar kalau nak dibandingkan dengan putus cinta 4kali tu . Kann??
Azira : At least kita tolong apa yang patut?? Pujuk Zahir balik ke?
Alia : Aku rasa tak perlu sebab tu hal peribadi mereka. Azira, kalau kau tengok aku macam dah hilang akal, tolong tampar aku .
Azira : Kenapa??

Alia sudah pun masuk ke dalam kedai yang penuh dengan anime kegemarannya.

Alia masih tidak menyentuh ayam KFC yang dibelinya kerana sibuk dengan 2 CD yang baru dibelinya tadi.
Azira tak pernah tengok Alia macam tu. Masuk kedai CD je Alia seolah macam kanak-kanak yang ada kat kedai mainan. Sama macam Azrul.

Alia meletakkan paha ayam di atas pinggan Azira dan meletakkan kepak di atas pinggannya.

Azira : Kau tak suke paha dan kau suka kepakk??
Alia mengangguk.
Azira : Tau tak kau ni sama macam Azrul tapi versi perempuan??
Alia : Tak tahu.

Rasa macam keluar dengan Azrul. Alia dengan Azrul memang banyak persamaan, kenapa dorang tak jatuh cinta? Peliknyaa… ataupun mereka suka sama suka tapi disebabkan aku…. Mereka buat tak tahu je.

Alia : Azrul suke bercerita pasal anime yang dia tengok .
Azira : A’ah dan aku selalunya dengar je walaupun aku tak faham ceritanya . Lagipun dia selalu dengar bila aku cerita pasal buku-buku yang aku baca . Walaupun rasanya dia bosan.

Alia : Taklah. Kalau dia bosan dia akan suruh kau diam dan jangan bercakap. Dia tu jenis berterus terang.
Azira : Yeke?
Alia : Yee sebab dia selalu buat kat aku macam tu . Kami tak kecil hati dan kau jangan fikir bukan-bukan.
Azira hanya termenung. Kenapa Alia tahu semua pasal Azrul??

Malas nak taip dahh. Agak-II nak tahu kesah selanjutnye. Tunggu oke .

teddygurlz 



Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

No comments:

Post a Comment

Awak comment , saya balas !