Monday, December 19, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 3

Monday, December 19, 2011,11:48 AM | Comment
Azira sedang bersiap untuk berjumpa dengan Azrul di bawah.

Alia : Kau nak jumpa Azrul ye?
Azira : Sekejap je , dia nak pinjam aku puya tutorial, dia punya hilang.
Alia : Nanti tanyakan bila ida nak pulangkan aku punya VCD.
Azira : VCD apa?
Alia : Nanti dia tahu la.

Lynn : Azira , nanti singgah koperasi bile maggi boleh?
Azira : Boleh.

Lynn memberi duit kepada Azira dan meneruskan ulangkajinya.

Lynn : Terima kasih ye.
Azira : Oke sama-sama.

Dan Azira terus ke turun ke bawah untuk berjumpa dengan Azrul.

Azira : Nahh. Macam mana boleh hilang??
Azrul : Member pinjam then dia hilangkan. Lagipun dia bukan jenis nak ngaku salah.
Azira : Ishh teruknya.

Kawan Azrul sememangnya ada yang baik , ada juga yang teruk . Dia ni jenis kawan dengan semua orang . Hah sebut pasal kawan...

Azira : Awak kenal Zahir kann??
Azrul : Kenapa??
Azira : Awak tahu kan yang dia dah break-up dengan Lynn??
Azrul : So kenapa??
Azira : Apa kata kita tolong baikkan mereka?
Azrul : Nak buat apa?? Tak payah masuk campur hal peribadi orang .

Azira : Alia pun cakap benda yang sama.
Azrul : Hah betul apa cakap dia. Pendapat kitaorang selalunya sama.
Azira : Pendapat saya selalunya tak sama dengan awak.
Azrul : Apa yang awak nak cakapkan ni??
Azira : Dah lah saya nak naik . Hah Alia cakap bila awak nak pulangkan VCD dia?

Tanpa menunggu jawapan Azrul , Azira terus melangkah untuk naik ke biliknya.

Alia dengan Azrul memang sehati sejiwa. Ayat yang sama. Hobi yang sama. Minat yang sama. Perangai yang sama. Agaknya perasa maggi kesukaan pun sama. Ehh? Maggi?? Alamak ... kena turun balik.

          "Azi dengan Azrul tak lama dah tu. Nanti dorang pun jadi macam Zahir dengan Lynn"

Kedengaran suara nyaring dan kuat.

Suara siapa tu?? Nak tau ape terjadi lepas tu?? Tunggu.
    




teddygurlz 

Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

No comments:

Post a Comment

Awak comment , saya balas !