Wednesday, December 21, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 8

Wednesday, December 21, 2011,6:30 PM | 2 Comment
Alia : Suka sebagai kawan. Banyak kali aku cakap kann ?? Banyak persamaan tu membosankan. Kiteorang ni sesuai jadi kawan je. Kann??
Azira : Kalau macam tu aku la yang banyak fikir.
Azrul : Hmm tau tak pe.
Azira : Bodohnya aku ni.
Azrul : Dah selesai kann?? So jom kita minum kopi.

Alia : Minum kopi??
Azira : Azrul ni kalau problem dah settle dia suka minum kopi. Aku pun suka minum kopi gak. Kopi Aiss . Sedap!
Azrul : Kopi Ais awak kata sedap? Kopi O yang panas , ada asap kepul-kepul lagi sedap. Kopi sejuk mana sedap.
Azira : Asap kepul-kepul?? Ingat bakar daun kering apa ke??
Azrul : Ni yang susah cakap dengan orang yang tak tahu nikmat kopi sebenar.
Azira : Nikmat kopi sebenar?? Heyy awak tengah buat iklan kopi ke ni.

Alia : Aku minta diri dulu. *Alia bersuara lepas dia tengok situasi semakin hangat.
Bergaduh pasal kopi. Mengarut betul.
Azira dan Azrul sama macam Kopi O Kopi Ais. Berlainan tetapi tetap kopi.
Berbeza tapi sama. Sama-sama suka gaduh.


Azira : Kau suka kopi apa? *Azira dan Azrul memandang Alia.
Alia : Tolong jangan libatkan aku . hehe ...


**********


4tahun kemudian.

Akhirnya kini Azrul dan Azira selamat naik ke jinjang pelamin. Alia pula kini selamat jadi ibu kepada seorang anak. Mereka kini hudup bahagia.


Moral of the story : Persahabatan itu penting. Jangan mudah terpedaya dengan hasutan dan kata-kata orang. Cerita ni tak seberapa . Hope korang enjoy la. Sorry cepat habis sebab ketandusan idea . hehe =='

p/s : Agak-II cerita nie ade kene mengena dengan korang tak?? hehe . ^^'
teddygurlz

Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Tuesday, December 20, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 7

Tuesday, December 20, 2011,8:36 PM | Comment
Azrul mengerut dahi. Alia pula pandang Azira seperti Azira dah hilang akal.

Azrul : Keputusan apa nie? Awak tengah hafal dialog apa ke?
Azira : Bukan dialog la. Kan awak nak minta putus sebab awak suka Alia. So saya tak marah.

Alia dan Azrul berpandangan dan tergelak besar.

Azira terpinga "hah, kenapa ni?"
Azrul : Daya imaginasi awak memang hebat. *Ketawa sehingga mengalir air mata.
Alia pula cuba untuk mengawal ketawanya agar Azira tidak berkecil hati.

Azrul : Kami ni dah macam adik-beradik. Takkan nak suka pada adik sendiri kan?? *sambung Azrul setelah ketawanya reda.
Alia : Kakak!
Azrul : Apa dia??
Alia : Kakak okayy sebab aku tua dua bulan dari kau.
Azrul : Okayy kakak. Kita takkan suka pada kakak kita kann?? Mestilah tak.

Azira : Masalahnya korang bukan adik-beradik, korang macam adik-beradik . *Azira menekan perkataan 'macam'. Lain tau takk. Lagipun orang kata Alia lagi sesuai dengan awak.


Azrul dan Alia berpandangan .

Azrul : So awak percaya cakap orang dari cakap kawan awak sendiri?? Macam tu? Kenapa awak cakap Alia lagi sesuai dengan saya?
Azira : Yela , korang semua benda sama. Hobi sama, Perangai hampir sama. Awak pun nampak happy dengan dia. Kita ni banyak perbezaan. Paling ketara kita ni asyik gaduh. Awak suka macam tu??
Azrul : Suka. *sambil tersenyum.  Saya suka tengok time awak marah. Cute!



Muka Azira dah kemerahan sebab tahan malu.

Azrul : Memang kita berbeza tapi sebab tu lah saya suka awak. Kalau banyak persamaan pun tak elok jugak kann. Siapa cakap saya tak gembira dengan awak?? Saya suka masa awak cerita pasal buku yang awak baca tu. Lagi-lagi awak nak faham apa yang saya cakap. Kelakar tapi cute.

Azira pandang Alia .
Azira : Kau tak suka Azrul ke ??
Alia : Suka tapi ???

Hah , Alia suka Azrul jugak ke?? Tunggu next post oke . Episod akhir. Sorry, ketandusan idea. 

teddygurlz








Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Kopi O Kopi Ais : Episod 6

,5:39 PM | Comment
Alia menjongket bahu. " Okayy la kalau kau dah merayu macam tu sekali."
Azrul tersengih. "Kau memang baik hati."

**********

"Azira bergaduh dengan Alia ke?" Nurul menyoal.
"Agaknya. Aku tengok dorang dah tak borak macam biasa. Dengar cerita la dorang gaduh pasal Azrul." Kata Hazlin.
"Yeke. Patut la tadi aku nampak Azrul macam tengah pujuk Alia." Nurul kata.
"Pujuk Alia?"

Azira berdiri kaku disebalik pintu toilet itu. Dia baru saja nak keluar tapi terdengar perbualan mereka tadi , dia tidak jadi.

Nurul : Yela. Tu yang aku nampak tadi.
Hazlin : Kann aku cakap? Tak lama lagi dorang break-up la tu.

Azira tergamam. 'Jangan mengarut la. Azrul memang suka Alia.'

**********

Azira terasa tangannya sejuk. Dah sampai masanya. Dia dapat agak yang Azrul akan cakap yang dia suka Alia. Dia nak minta putus dan maaf.

'Azira, saya terpaksa. Saya tak pernah sukakan awak. Ni Alia yang suruh.' 

Memang ni yang dia nak cakap. Okayy aku dah sedia. Kalau tak kenapa Alia ada sekali. Aku mesti  kuat semangat!

"Berusaha!" Azira tiba-tiba bersuara kuat.
Azrul yang dudk di depannya mengerut dahi. "Awak okay ke ni?"
Azira : Ya , saya dah sedia.
Azrul : Sedia??
Azira : Ya, sebelum tu bagi saya kata sepatah dua.

Muka Azrul seperti keliru.
Azrul : Walaupun saya tak tahu kenapa tapi awak dibenarkan memberi sepatah dua kata.

Azira menarik nafas dan hembus perlahan-lahan.

Azira : Saya nak bagitahu. Saya terima apa pun keputusan awak. Saya gembira kalau ini buat awak gembira. Kadang-kadang kita kena lepaskan apa yang kita sayang. Takpe , saya faham.
Azrul : Keputusan apa? Lepaskan apa yang kita sayang??

Betul ke Azrul bingung ke dia berlakon? Tunggu sambungan.

teddygurlz 


Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Kopi O Kopi Ais : Episod 5

,4:09 PM | Comment
Alia memandang muka Azrul.

Alia : Okayy bagi seratus sebab kenapa aku kena tolong kau??
Azrul : Sebab kau kawan aku.
Alia :: Hmmm yeke? Aku tak ingat pun. Okayy lagi 99.
Azrul : Okayy la. Straight to the point. Kau bagi syarat-syaratnya. Aku ikut.

Alia menyusun buku dan letak di tepi.

Alia : Kau dah ganggu waktu aku belajar tau tak?
Azrul : Elehh kau bukan belajar pun aku tengok.
Alia : Aku rehatkan otak la tadi.
Azrul : Kali ni dia betul marah ke?
Alia : Agaknya la. Yang kau cakap kita ni sehati sejiwa kenapa?
Azrul : Aku gurau je pun.

Alia : Tau tak dia tu fikir aku ni orang ketiga antara kau dan dia. Dia rasa aku ni lagi sesuai dengan kau. Dia cakap lagi tak tahu kenapa dia asyik gaduh je dengan kau. And yang paling kelakar dia cakap kau lagi nampak happy dengan aku.
Azrul ketawa : Kuat betul daya imaginasi dia.
Alia : Kelakar kann?
Azrul : Kenapa dia fikir macam tu?
Alia : Sebab dia perempuan, biasa la dia fikir macam tu.
Azrul : Yang kau tu cakap macam kau tu bukan perempuan.

Dan dia sambung.

Azrul : Kau kena tolong aku kali ni.  Kau ikut sekali. Baru dia percaya yang aku ni ikhlas.
Alia : Kau ajak aku pergi medan perang apa ke?

Pernah dulu Alia tolong mereka , last-last dia pun kena tempias sekali.

Azrul : Kali ni takde la teruk mana.
Alia : Aku seorang yang sayangkan nyawa.
Azrul : Kalau aku bagi poster anime kesayangan kau, kau nak?? Kau belum ada kann?

Mata Ali sudah membulat besar.

Alia : Aku tak mudah ditipu.
Azrul : Kalau Tuan Kazekage kesayangan kau tu.......
Alia : ????

Adakah Alia nak tolong?? 

teddygurz

Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Monday, December 19, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 4

Monday, December 19, 2011,4:25 PM | 2 Comment
"Tu macam suara Hazlin , si kaki gosip tu." kata Azira dalam hati.

   "Kenapa pulak?" suara kawan baiknya Nurul.
          "Lynn putus sebab Zahir suka dekat kawan Lynn masa sekolah dulu."
          "Betul ke?"
          "Maklumat aku tak pernah salah la. Lagipun Alia tu sesuai dengan Azrul tu. Si Azira tu penyibuk. Aku rasa mereka suka sama suka tapi disebabkan ada penyibuk tu."
          "Itu cuma teori kau je."
          "Aku ada spy la." Hazlin bersuara.

Bila mereka sudah jauh, Azira keluar dari tempat persembunyian dia. "Jahat betul dia kata aku penyibuk."

**********

Azrul : Aku ada VCD anime favourite kau tu? Nakk?
Alia : Taknak la. Aku nak tengok kat TV sampai habis.
Azrul : Lambat la kat TV tu. Aku beritahu ending dia??
Alia : Taknak. Kalau kau cakap jugak aku taknak bagi pinjam apa-apa.
Azrul : Kau suka mengugut ?
Alia : Dah memang sifat semula jadi aku.

Kemudian Alia mengangkat tangan bila dia nampak seseorang dibelakang Azrul.

Alia : Azira , sini la . 
Azira : Ishhh penat betul la.
Alia : Ni Azrul baru nak pulangkan. *sambil tunjuk VCD yang Azrul pinjam. Aku ingatkan dah hancur.
Azrul : Heyy aku jaga elok-elok tau tak barang kau tu. Lambat sikit dah bising.
Alia : Hah tadi kau suruh aku pulangkan apa kat Azira. Alang-alang dia dah ada depan bijik mata kau ni.
Azrul : Hah yess. Ni nak pulangkan buku Harry Potter yang awak suruh saya baca tu.

Then mereka berperang mulut mengenai buku Harry Potter tu.

Azira : Alia , kau pun sokong aku kann??
Alia : Errr aku tak tahu.
Azira : Ala, kita kan ada tengok wayang dulu.
Alia : Aku tak ingat la.
Azrul : Kami memang sehati sejiwa. *menyampuk tiba-tiba.

Azira mengetap bibir, mengangkat beg dan terus beredar dari situ.

Alia : Kau ni bebal ke apa.
Azrul : Asal pulak? Aku just cakap kita ni sehati sejiwa.
Alia : Tu la puncanya. Kau tau tak dia tu fikir yang aku ni orang tengah antara kau dengan dia.
Azrul : Dia tu tak tahu bergurau la .

Nak tahu ape terjadi antara mereka?

teddygurlz 






Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Kopi O Kopi Ais : Episod 3

,11:48 AM | Comment
Azira sedang bersiap untuk berjumpa dengan Azrul di bawah.

Alia : Kau nak jumpa Azrul ye?
Azira : Sekejap je , dia nak pinjam aku puya tutorial, dia punya hilang.
Alia : Nanti tanyakan bila ida nak pulangkan aku punya VCD.
Azira : VCD apa?
Alia : Nanti dia tahu la.

Lynn : Azira , nanti singgah koperasi bile maggi boleh?
Azira : Boleh.

Lynn memberi duit kepada Azira dan meneruskan ulangkajinya.

Lynn : Terima kasih ye.
Azira : Oke sama-sama.

Dan Azira terus ke turun ke bawah untuk berjumpa dengan Azrul.

Azira : Nahh. Macam mana boleh hilang??
Azrul : Member pinjam then dia hilangkan. Lagipun dia bukan jenis nak ngaku salah.
Azira : Ishh teruknya.

Kawan Azrul sememangnya ada yang baik , ada juga yang teruk . Dia ni jenis kawan dengan semua orang . Hah sebut pasal kawan...

Azira : Awak kenal Zahir kann??
Azrul : Kenapa??
Azira : Awak tahu kan yang dia dah break-up dengan Lynn??
Azrul : So kenapa??
Azira : Apa kata kita tolong baikkan mereka?
Azrul : Nak buat apa?? Tak payah masuk campur hal peribadi orang .

Azira : Alia pun cakap benda yang sama.
Azrul : Hah betul apa cakap dia. Pendapat kitaorang selalunya sama.
Azira : Pendapat saya selalunya tak sama dengan awak.
Azrul : Apa yang awak nak cakapkan ni??
Azira : Dah lah saya nak naik . Hah Alia cakap bila awak nak pulangkan VCD dia?

Tanpa menunggu jawapan Azrul , Azira terus melangkah untuk naik ke biliknya.

Alia dengan Azrul memang sehati sejiwa. Ayat yang sama. Hobi yang sama. Minat yang sama. Perangai yang sama. Agaknya perasa maggi kesukaan pun sama. Ehh? Maggi?? Alamak ... kena turun balik.

          "Azi dengan Azrul tak lama dah tu. Nanti dorang pun jadi macam Zahir dengan Lynn"

Kedengaran suara nyaring dan kuat.

Suara siapa tu?? Nak tau ape terjadi lepas tu?? Tunggu.
    




teddygurlz 

Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Saturday, December 17, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 2

Saturday, December 17, 2011,2:49 PM | Comment

Azira dan Alia turun daripada bas dan menuju ke arah pusat beli-belah yang menjadi destinasi mereka.

Alia : Hari ni kau tak keluar dengan Azrul? Kau dah berbaik dengan dia kan?
Azira : Dah. Hari ni dia keluar dengan member dia. Sometimes kita kena bagi space kat pasangan masing-masing kann?
Alia : Patutlah Azrul suka kau….  * tapi terdengar bunyi hon kereta yang sangat kuat sehingga menenggelamkan suara Alia tadi.

 Azira : Hari ni aku temankan kau shopping. Biar aku jadi perunding kau.
Alia : Rasanya tak perlu la. Kau tak temankan Lynn?

Lynn adalah roommates mereka di asrama.

Azira : Aku taknak kacau dia tapi aku risaukan . Kalau-kalau dia buat benda yang bukan-bukan. Sepatutnya ada orang di sisi dia.
Alia : Kau tak perlu risau , dua tiga hari nanti elok lah tu.
Azira : Aku tak rasa semudah tu. Lynn memang kuat tapi aku dapat tahu dia dah putus cinta 4kali.
Alia : Hah , bagus lah tu . At least dia dah biasa dan boleh terima semua ni.
Azira : Teruklah kau ni.

Alia : Memang kejam sikit apa yang aku cakap tapi hidup ni lagi mencabar kalau nak dibandingkan dengan putus cinta 4kali tu . Kann??
Azira : At least kita tolong apa yang patut?? Pujuk Zahir balik ke?
Alia : Aku rasa tak perlu sebab tu hal peribadi mereka. Azira, kalau kau tengok aku macam dah hilang akal, tolong tampar aku .
Azira : Kenapa??

Alia sudah pun masuk ke dalam kedai yang penuh dengan anime kegemarannya.

Alia masih tidak menyentuh ayam KFC yang dibelinya kerana sibuk dengan 2 CD yang baru dibelinya tadi.
Azira tak pernah tengok Alia macam tu. Masuk kedai CD je Alia seolah macam kanak-kanak yang ada kat kedai mainan. Sama macam Azrul.

Alia meletakkan paha ayam di atas pinggan Azira dan meletakkan kepak di atas pinggannya.

Azira : Kau tak suke paha dan kau suka kepakk??
Alia mengangguk.
Azira : Tau tak kau ni sama macam Azrul tapi versi perempuan??
Alia : Tak tahu.

Rasa macam keluar dengan Azrul. Alia dengan Azrul memang banyak persamaan, kenapa dorang tak jatuh cinta? Peliknyaa… ataupun mereka suka sama suka tapi disebabkan aku…. Mereka buat tak tahu je.

Alia : Azrul suke bercerita pasal anime yang dia tengok .
Azira : A’ah dan aku selalunya dengar je walaupun aku tak faham ceritanya . Lagipun dia selalu dengar bila aku cerita pasal buku-buku yang aku baca . Walaupun rasanya dia bosan.

Alia : Taklah. Kalau dia bosan dia akan suruh kau diam dan jangan bercakap. Dia tu jenis berterus terang.
Azira : Yeke?
Alia : Yee sebab dia selalu buat kat aku macam tu . Kami tak kecil hati dan kau jangan fikir bukan-bukan.
Azira hanya termenung. Kenapa Alia tahu semua pasal Azrul??

Malas nak taip dahh. Agak-II nak tahu kesah selanjutnye. Tunggu oke .

teddygurlz 



Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Friday, December 16, 2011

Kopi O Kopi Ais : Episod 1

Friday, December 16, 2011,4:31 PM | 2 Comment
 ‘ Aku cuma cakap kopi ‘O’ tak sedap, kopi ais lagi sedap ,
Itupun dia nak cari gaduh dengan aku.
Entah apa-apa.’

 Episod 1 :

Pintu bilik terbuka luas secara tiba-tiba dan Azira meluru masuk dengan muka yang masam. Beg yang dipegang dihempasnya ke katil dan membuka pintu almari dengan ganas. Baju yang terlipat kemas dikeluarkan dan dicampakkan ke lantai. Kemudian dia duduk bersila sambil tangannya pantas melipat baju.
Alia yang sedang baring sambil membaca buku bertanya tanpa menoleh, “Kau gaduh dengan Azrul lagi?”
      “Yela, dengan siapa lagi?” Tangan Azira masih pantas melipat baju.
     “Azrul tak guna!”


     “Pasal apa pula kali nie?” Alia menyoal selamba. Perkara macam ni dah biasa berlaku.
     “Dia kata kau gemuk lagi?”
     “Lagi teruk daripada tu?” Dia kata aku ni degil, tak matang dan suka fikir yang bukan-bukan.”
     “Tapi tu memang betul…..”Alia bersuara perlahan tapi masih boleh didengari.
     “Apa dia?”
     “Ehh, tak ada apa-apa.”


     “Aku cuma cakap kopi ‘O’ tak sedap, kopi ais lagi sedap , itu pun dia nak gaduh dengan aku . Entah apa-apa.
     “Gaduh sebab air kopi?”
     “Bunyi memang tak masuk akal tapi kau tak faham , dia kata dari minuman yang kita minum dengan makanan yang kita makan boleh tentukan sifat seseorang. Dan dia kata dia macho sebab minum kopi ‘O’. Perasan betul. Dia tu tak macho langsung. Dia macho ke Alia?”
     “Tak.”
     “Itulah dia!”


Kemudian Azira membebel tanpa Alia dengar butirnya tetapi Alia cuma ada dengar Azira cakap ‘Azrul memang macam tu’. Kerap sangat Azira dan Azrul bergaduh, dia sebagai kawan baik merasakan ini perkara biasa. Tiada yang serius.
     “…… betul tak apa aku cakap tadi?”  Azira tiba-tiba menyoal.
     “Apa?”
     “Kau dengar tak apa aku cakap tadi? Janganlah baca buku tu lagi.”
Azira  merampas buku dari tangan Alia.


     “Silence of the Lamb. Heyy  ni buku aku.”
     “Aku pinjam kejap.”
Azira tiba-tiba mengeluh.
     “Kau bosan ke?”Alia bertanya dan wajah Azira seperti keliru.
     “Dia tak beritahu kau apa-apa ke? Lagipun….. kau kan rapat dengan dia sejak sekola rendah lagi.”


Dia dah mulalah tu. Walaupun Azira tak pernah cakap tapi Alia tau apa  yang Azira fikirkan.
    “Baik kau jangan fikir bukan-bukan.” Alia mengambil bukunya semula ditangan Azira.
“Malam ni mesti Azrul call kau dan korang akan berbaik. Percayalah cakap aku.”


Adakah Azira dan Azrul akan berbaik?? Bagaimanakah cara mereka berbaik? Tunggu next post oke . 

teddygurlz 

Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Pengenalan : Kopi O Kopi Ais

,3:31 PM | Comment
Sementara ada waktu lapang masa cuti nie terlintas difikiran nak buat cerpen . Pendek jela . Baru je tadi tengok calendar . Countdown hari sekolah tak sangka lagi 17hari je , macam tu la . Giler excited nak balek asrama . Dahh rindu kat dormmates nie . Balek ASRAMA jela , sekolah langsung TAK . Bolehh kann macam tu???

Dahh back to the topic . Kopi O Kopi Ais tu nama untuk cerpen yang aku nak buat . Nak tahu kesahnya ?? Tunggu next post oke .

Watak-wataknya :-

  • Azira - Girlfriend kepada Azrul merangkap kawan baik Alia . Seorang yang suka minum Kopi Ais dan juga baik . Lincah dan agak manja . 
  • Alia - Kawan baik kepada Azira merangkap kawan sekolah rendah dengan Azrul . Seorang yang agak pendiam dan baik jugak .
  • Azrul - Boyfriend kepada Azira . Seorang yang baik dan mengambil berat . Kadang-II ego tu ada .
  • Lynn 
  • Zahir
  • Hazlin
  • Nurul

Hope korang suke la dengan cerita yang aku nak post nanti.
Jika ada salah dan silap nanti harap korang tegur la aku ye.

teddygurlz

Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya