Monday, December 17, 2012

#SejakMasukTeknik

Monday, December 17, 2012,11:52 PM | Comment
Hello dunia =D



Haiiiiii tak sangka sebosan ini kehidupan selepas SPM. Rasa tersangatlah janggal bila da lame tak buka buku. Kadang-2 terngiang-2 saat belajar Chemistry tajuk Carbon Compound tajuk yang paling aku suka. Teringat ECS yang kena hafal tu 'Kalau Nak Kawen blablabla..'  Teringat Fizik pulak saat belajar dengan Cikgu Herman waktu first dia ganti Cikgu Hayati. Teringat sangat saat kena letak tangan kat belakang then hantuk kepala sampai cikgu dengar bunyi. HAHA kelakar sangat + malu ^^' . 

Kstop jangan biarkan aku terus mengingat 'kenangan yang boleh menyentuh hati aku' kononnya. Berbalek kepada tajuk yang dah menyimpang jauhh nie. Before tu nak cakap tadi ternampak gambar Abi seriously air mata tetibe jatuh. Kdaaa. Semalam kat twitter jadi trend #SejakMasukTeknik. And bermacam Kustechians tulis about that. Tak lepas jugak dengan aku.

-> #SejakMasukTeknik lahh aku mengenal erti persahabatan yang sebenar
-> #SejakMasukTeknik aku kenal erti TIDUR dalam kelas
-> #SejakMasukTeknik banyak perkataan baru yang menganjing such Capub, legend -.-' 
-> #SejakMasukTeknik baru aku berkawan rapat dengan Public Phone ^^' 
-> #SejakMasukTeknik baru aku tahu macam mana seronoknya makan Maggi dengan kawan kat balkoni tyme puasa 
-> #SejakMasukTeknik aku kenal erti 'waktu prep' stand for Preparation. Prep untuk belajar bukan untuk bergosip, menyanyi atau bergendang 
-> #SejakMasukTeknik baru tahu belajar basuh baju guna 'tangan'. Kalau tak harapkan mesin je. 
-> #SejakMasukTeknik pergi sek pakai baju koperat oren ngan seluar slack dan kasut kilat-2. Sek laen takdooo 
-> #SejakMasukTeknik baru aku kenal T-square, set square, maped, board LK and blablabla. 
-> #SejakMasukTeknik aku kenal erti 'SABAR' yang sebenar. Sabar tunggu turn mandi, turn amek makanan, Paling sabar dengan Senior batch 12 and Junior batch 14. 
-> #SejakMasukTeknik baru aku jumpa LED, RELAY, BUZER, DIOD, IC, WATER PROBE and blablabla sebab aku budak Elektrik. 
-> #SejakMasukTeknik kami selalu shopping kat KOOP je. Tu tempat melabur duet waktu lapar ^^' 
-> #SejakMasukTeknik aku baru tahu erti 'fly' yang sebenar. 
-> #SejakMasukTeknik baru aku tahu 'outing' adalah salah aktiviti yang agak best sebab dapat keluar dari kepompong penjara tu. ^^' . Lagi2 outing ngan member. Berjoli kiteorang. 
-> #SejakMasukTeknik aku belajar 'gosok milo' sampai jadi keras dan makan. Yumm. 
-> #SejakMasukTeknik aku belajar perkataan 'after'.Nak mandi 'after'. Nak basuh baju 'after'. 
-> #SejakMasukTeknik aku dapatlah merasa tidur kat netball court sebab bising waktu malam. Nie tyme aku form4. Seronok tido reramai ^^' 
-> #SejakMasukTeknik kena nyanyi lagu sekolah setiap hari. pftttt bosan giler -.-' 
-> #SejakMasukTeknik kadang2 tidur 1katil 2orang and gosip dulu baru tidur tu perkara biasa. 
-> #SejakMasukTeknik lah aku update blog mesti berkaitan dengan Teknik atau Asrama ^^"

Yang nie sengaja aku buat yang terakhir :-

Nie masa form4. Kita rapatkan dulu?? :")
Our dorm masa form4
#SejakMasukTeknik aku kenal Nisha, Liya, Along, Zai, Niza,Nad budak dorm yang awesome. Even kita tak macam dorm lain kann. Dorm lain habeskan masa dorang dengan budak dorm maseng-2 tapi kita??? -__- buat hal sendiri. Kadang-2 aku tengok kita dalam dorm 'kau buat hal kau, aku buat hal aku'.

 Kita satu dorm tak pernah pergi DM sesame, pergi sekolah sesame,pergi surau sesame, pergi mana2 TAK PERNAH SESAME. Nisha dengan geng dia. Zai dengan geng dia. Along buzy dengan studynya. Niza???? Malas nak komen sejak kes yang dia buat aku tak pernah kesah pasal dia dalam dorm. Before habis sekolah pun aku tak pernah tegur dia. Pendek cite aku ngan dia dalam dorm tak ngam. Orang lain apa tahu masalah dorm kita.

Paling-2 tak pun aku dengan Liya je. Tak kira la pergi DM, sekolah, surau koop, mana-2 jela dengan Liya. Kami berdua jela. 

 Sejak Nad pindah dorm Hajar3 sunyi sangat dorm tu. Masukk dorm je bunyi cengkerikk takde sape buat lawak atau nak ceriakan suasana dorm tu. Dorm kita 6orang je :'( Sedih wehh bila fikir balek. Tapi papepun korang tetap budak dorm aku. Aku tetap sayang korang. Rindu sangat saat mula-2 masuk form4 dulu. Kita rapat kann :')

Masa form4 dorm kita ramai kan. Ada Ieba, Tea, Atiqa, Fatin. Tapi akhirnya tinggal 5 orang je. Atiqa dengan Ieba pindah. Tea dengan Fatin pindah dorm. Knampak sangat time form4 dulu dorm kita memang bermasalah kann sampai melibatkan parents. Kmemang nampak sangat kita 1dorm tak pernah serasi.
Dari blog Nisha. Sumpahh terharu :')

Yang ini classmates aku :-

#SejakMasukTeknik baru aku kenal Syira,Hani,Lily. Bila nak habes sekolah baru kita rapatkann. Sumpahh sayang sangat kat korang. Tyme gempur korang selalu dengar cite aku. Kekadang la. Aku suka cite pasal Abi. Korang mesti fed up kann. Syira cite pasal Am. Hany pasal AZ. Lily pasal abang dia. HAHA kelakar wehh bila ingat moment tu. Aku suka dengar cite korang. Seriously. Nampak semangat.

 Aku suka dengar bila Hany cakap 'astagfirullahalazim astagfirullahalazim'. Comel sangat. Aku suka dengar bila Lily panggil 'abang'. Aku suka tengok Syira marah. Errr menyampah sebenarnya. HAHA. Tapi seriously bila aku sedih memang korang tempat aku ngadu jugak. Ingat tak aku ada cite pasal impian aku nak dengar Abi azan?? 

Aku nanges bila aku tahu bukan Abi yang azan korang bagi semangat kat aku. Korang cakap esok-2 dia azan la tu padahal memang dia tak azan pun. Korang ingat jugak tak saat azan isyak suara yang azan tu sama macam suara Abi. Aku, Syira, Hany, Lily kita sama2 menanti betul ke Abi azan sekali rupanya Alip Joe. Pappp air mata aku terus jatuh and time tu korang la tenangkan aku. Wehh rindunya kat korang.



Hany, Aida *tetiba ada, Mel, Lily, Syira


Yang nie bestie forever ever ever aku :-


#SejakMasukTeknik aku kenal HAZIQ. Kat teknik dialah satu-satunya kawan lelaki yang sangat sangat rapat dengan aku. Aku tahu kadang-2 dia fed up dengan perangai gedik aku. Walauapapun dia still layan aku. Bila aku down, dia pemberi semangat.  Bila aku sedih, dialah bahu aku. Bila aku saket, dialah yang tambah kesakitan aku. HAHAHA gurau.

Kadang-2 dia macam boyfriend aku, kami selalu texting kat asrama je la tapi. Bila kiteorang texting, dia suka cite pasal awek dia -.-. Kadang-2 tu memang fed up tapi asalkan dia happy aku layan jela. Aku tak boleh cakap lelebih. Aku taknak awek dia fikir lain. Lagipun dia selalu cakap dia sayang kat awek dia. Seriously aku SAYANG dia.

  Sayang dengan cinta benda yang berbeza okayy. Bagi aku, orang yang kita sayang kita akan biarkan dia pilih apa juga pilihan yang dia nak as long as dia happy, aku pun happy. Kadang-2 tu kiteorang nie berdebat menegakkan apa yang kami suka. Saket hati tapi tu la yang seronok. Walau apapun, terima kasih sahabat =D Thanks jadi sahabat aku.





Aku rasa entri kali ni terlampau panjang sebab aku rasa idea aku mencurah-curah. Tangan laju menaip sampai lupa :) Seronok sebenarnya stay asrama kat Teknik tu even kawasan sawit. Kadang-2 bangun pagi perghhh bau sawit kuat. Tapi lama-kelamaan da biasa.

Aku minta maaf sesangat kalau aku buat korang fed up baca entri yang tak bermakna bagi korang mungkin. Maaf juga kalau aku bazirkan masa korang dihadapan lappy dengan membaca entri aku yang pape tah nie. Papepun thanks sebab sudi baca.







Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Monday, December 10, 2012

FREEDOM !!

Monday, December 10, 2012,2:38 AM | 1 Comment
Hello readers. Maaf kalau rasa aku lambat nak update blog. Bukan sebab ape tapi aku merasakan malasnye untuk menaip. Tapi demi menghilangkan sawang diblog aku nie, aku gagahkan diri. Kononnye. Seperti korang sedia maklum, SPM was over. Alhamdulillah sangat lega sebab bebas dari belenggu SPM yang kononnye dipanggil maut la sangat tu kan. Yee aku tau aku lambat update , sorry la. 

6hb hari tu merupakan paper yang terakhir untuk SPM. Paper Lukisan kejuruteraan. Bila habes je paper Pengajian kejuruteraan semua pakat jerit 'esokk last payyper'. HAHA miss that moment. Alhamdulillah semua da lepas even hari tu merupakan hari yang paling sedih buat aku setakat nie. Aku tak pernah lagi rasa perpisahan sesedih perpisahan ini. 

The moment bila malam tu kami diminta untuk mengemas barang dan kosongkan dorm. Kiteorang kena kosongkan dorm before kiteorang jawab paper LK. Nampak tak malam tu kiteorang tak study sangat sebab masing-2 busy mengemas. And malam tu jugak saat terakhir tidur kat dorm. Saat terakhir bergelak ketawa dengan mereka. Saat terakhir bergosip dengan mereka. The moment yang takkan dilupakan. 

Lepas nie aku akan hadapi cabaran hidup yang lagi mencabar. Sambung belajar, jumpa new friends, new place, new condition. Semuanya new. So kat sini aku nak ucap thanks sesangat pada mereka yang sanggup jadi kawan aku and spend tyme masa di asrama.

http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic005demoji_17695391decoojp.gif Nisha , Liya - thanks sanggup jadi dormmates aku melayan kerenah aku kat dorm. Dengar bebelan aku kat dorm. Kite lepak sampai tak ingat nak tidur kekadang. 
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic005demoji_17695391decoojp.gifBudak dorm Hajar3 - thanks bagi aku tidur kat dorm korang tyme balek pilihan sebab confirm semua budak dorm aku balek and tinggal aku sesorang kat dorm. Korang memang the best. 
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic005demoji_17695391decoojp.gif Syira - thanks ajar aku PKE even aku nie lampi sangat. Thanks dengar cerita aku pasal Abi. hehe
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic005demoji_17695391decoojp.gif Lily - thanks sebab bagi maen phone kau tyme gempur. Orang belajar aku maen phone. Thanks jugak sanggup dengar cite pasal Abi aku. And kau selalu cite pasal Abang kau jugak . :D
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic005demoji_17695391decoojp.gif Hany - kau comel dohh hani. Sies. Kecik2 tapi licik. Mulut bole tahan. Thanks segala2nye. Jangan lupa Ammar. hehe Opss sorry !!
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic005demoji_17695391decoojp.gifClassmates - aku rindu gelagat korang. KA yang suka sangat buat lawak. Wak sporting giler. Ammar nmpak pendiam tapi best kawan ngan kau. Ajim thanks jadi kawan aku, Wani, wawa, and dll. Lemak la kan kalau nak listkan semua. And the last one 

http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/crayon/pic005demoji_17695391decoojp.gif Haziq my Abi - Ziq kau lah kawan dunia akhirat aku. Aku sayang kau sesangat. Aku berharap sesangat  kau tak lupa aku walaupun sesaat. Kstop it nanti aku nanges :')

'Thanks for everything. Sorry for anything.'

Waktu subuh yang hening kami diminta letak barang di sepanjang laluan ASPURI

Lawatan ke Politeknik Shah Alam :D




Budak dorm :)



Kenangan di Pangkor :)



Rindu tyme tuisyen malam

Jamuan kelas makan steamboat :)

Tangkap gambar ngan budak hot Ammar :)


Last solat isya' berjemaah di surau Kustech :'(

Aku sayang kau Nad :')

Tazkirah terakhir dengar di surau oleh Ustaz Ahmad :'(

Miss my loker :')
Miss my bed :')

And the last one :- I MISS MY ABI SO MUCH. :'(


Ada rezeki panjang umur jumpa lagi :')


Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Saturday, February 18, 2012

Ya Allah , berilah aku kekuatan !

Saturday, February 18, 2012,5:49 PM | 1 Comment





Ohh okay berat sebenarnya nak update blog nie . Boleh tak aku jujur kat sini?? Sekarang aku rasa down down dan down . Aku rasa macam tak ada sesiapa . Serius aku rasa macam bodoh je kat sekolah tu . Alhamdulillah dan terima kasih pada Liya dan Along sebab still sudi jalan dengan aku . Kalau tak aku keseorangan je . Bawak diri . Bawak hati yang luka nie . Siapa yang sudi dengar rintihan hati aku nie . Penat aku berfikir :'(

Bersyukur juga ke hadrat Ilahi masih dikurniakan nafas untuk hidup . Masih dikurniakan mata untuk melihat keindahan alam ciptaanNya . Masih dikurniakan telinga untuk mendengar setiap perkara . Dan aku bersyukur masih diberi peluang untuk berjumpa dengan mereka yang paling aku sayangi . Mereka yang aku letakkan khas didalam hati ini . Kehilangan mereka bukan lah sesuatu yang aku pinta . Ya Allah aku mohon agar janganlah kau tarik semua kebahagiaan ini dalam sekelip mata :'(

First topik , macam-II cerita aku dapat akhir-II nie . Balek asrama , ramai jumpa aku cakap 
'Mel , aku simpati kat kau' .
'Mel , aku nanges baca blog kau' . 
'Mel , aku faham perasaan kau' .
'Mel , kau tak patut tulis macam tu' .
'Mel , kau minta simpati ape ke?' . 
Please apa yang aku buat tak pernah terlintas sikit pun untuk aku minta simpati orang . Tolong jangan judge aku kalau korang tak tahu cerita . Tolong jangan pandang kerek kat aku semata-II disebabkan apa yang aku tulis . Aku tak pernah meminta untuk korang bersimpati dekat aku . Aku cuma meminta untuk korang support aku dari belakang . Aku meminta untuk korang faham apa yang aku alami . 

Cukup la aku sakit hati , terkilan bila aku dengar cerita yang kawan aku sendiri salahkan aku . Kawan aku sendiri tak support aku . Cukup la . Aku tak sanggup nak hadap semua nie . Cukuplah aku dengar yang 'dia' sendiri salahkan aku atas apa yang terjadi . Aku tak pernah langsung salahkan dia atas apa yang berlaku . Sikit pun tak . Tapi kenapa dia sanggup jaja cerita yang aku punca segala masalah ni . Tak cukup kau seksa jiwa aku . Kau nak jaja cerita aku?? Tak cukup lagi . Aku tak pernah meminta korang untuk memilih sama ada aku atau dia . Tak pernah aku suruh . 

Ada masa tu aku rasa malu nak tayang muka kat semua orang . Malu kerana orang dah judge aku yang bukan-bukan . Judge atas apa yang tak pernah aku lakukan . Aku malu dengan tindakan aku . Cukup lah semua nie . Ya Allah , kau ringankanlah bebanku ! :'(

APA YANG AKU TULIS INI HANYA UNTUK MEMBETULKAN YANG SALAH  DAN MELUAHKAN APA YANG AKU RASA . 



Try to SMILE 

teddygurlz

Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Wednesday, January 25, 2012

Give me a second chance to forget about him

Wednesday, January 25, 2012,10:50 PM | 7 Comment


Betapa suramnya blog aku malam ini , seperti suramnya perasaan aku ketika ini . Sesungguhnya aku tahu Allah sedang menguji hambanya . Aku sentiasa berharap agar Allah mendengar rintihan hati aku yang selalu menangis . Menangis kerana kehilangan . Dan juga aku berharap agar aku menjadi lebih kuat dan tabah .

Ya Allah , aku terlalu rindukan dia . Andai dapat diundurkan masa , tidak akan aku biarkan terungkapnya satu pertemuan . Tidak akan aku biarkan hubungan ini terjalin erat . Tidak akan aku biar perasaan sayang wujud dalam diri ini . Tidak akan aku biarkan masing-II dibuai mimpi . Tapi siapalah aku yang ingin menentukan .

 Jodoh pertemuan ditangan Tuhan . Kita hanya mampu merancang . Aku cuba untuk ambil yang jernih , buang yang keruh . Yang pasti kehilangan dia , ada hikmah di sebaliknya . Mungkin akan ditakdirkan sesuatu yang lebih baik untukku pada masa akan datang . Aku cuba untuk tidak meminta , tapi aku akan cuba untuk  melupakan :')

Dulu dia sering mengeluarkan kata-kata manis sehingga aku terbuai jauh . Jauh dari realiti . Berharap untuk menjadi kenyataan . Tapi itu hanyalah satu mainan mimpi yang tidak akan menjadi kenyataan . Sehinggalah aku terjatuh dan aku merasakan betapa perit dan sakitnya . Barulah aku mencari ubat penawarnya . Iya , memang benar aku terlalu bodoh untuk menilai .  Tapi sedarkah mereka , aku terlalu banyak membazirkan air mata siang dan malam meratap apa yang terjadi .

Hanya Tuhan yang mendengar :') Aku berharap ini post yang terakhir mengenai kau . Kenangan kita akan ku simpan rapi . Tersimpan di dalam kotak hati aku . Kenangan ini masih di situ . Tidak akan aku ubah .  Semoga engkau memahami apa yang terjadi . Mengerti atas setiap apa yang ditakdirkn . Aku memohon agar kau memberi aku peluang membetulkan kesilapan aku .

Terima kasih atas segalanya . Terima kasih sebab sudi singgah di teratak hati ini . Terima kasih atas tunjuk ajar serta ilmu yang dikongsi . Terima kasih atas semua hadiah yang diberikan . Terima kasih sebab belanja aku . Terima kasih untuk Angry Bird yang diberi . Terima kasih yang tak terhingga untuk SEGALA-GALANYA . 

Ya Allah , Lindungilah dia selalu :')

Tahniah jika anda pandai meneka . 

teddygurlz




Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya