Ohh okay berat sebenarnya nak update blog nie . Boleh tak aku jujur kat sini?? Sekarang aku rasa down down dan down . Aku rasa macam tak ada sesiapa . Serius aku rasa macam bodoh je kat sekolah tu . Alhamdulillah dan terima kasih pada Liya dan Along sebab still sudi jalan dengan aku . Kalau tak aku keseorangan je . Bawak diri . Bawak hati yang luka nie . Siapa yang sudi dengar rintihan hati aku nie . Penat aku berfikir :'(
Bersyukur juga ke hadrat Ilahi masih dikurniakan nafas untuk hidup . Masih dikurniakan mata untuk melihat keindahan alam ciptaanNya . Masih dikurniakan telinga untuk mendengar setiap perkara . Dan aku bersyukur masih diberi peluang untuk berjumpa dengan mereka yang paling aku sayangi . Mereka yang aku letakkan khas didalam hati ini . Kehilangan mereka bukan lah sesuatu yang aku pinta . Ya Allah aku mohon agar janganlah kau tarik semua kebahagiaan ini dalam sekelip mata :'(
First topik , macam-II cerita aku dapat akhir-II nie . Balek asrama , ramai jumpa aku cakap
'Mel , aku simpati kat kau' .
'Mel , aku nanges baca blog kau' .
'Mel , aku faham perasaan kau' .
'Mel , kau tak patut tulis macam tu' .
'Mel , kau minta simpati ape ke?' .
Please apa yang aku buat tak pernah terlintas sikit pun untuk aku minta simpati orang . Tolong jangan judge aku kalau korang tak tahu cerita . Tolong jangan pandang kerek kat aku semata-II disebabkan apa yang aku tulis . Aku tak pernah meminta untuk korang bersimpati dekat aku . Aku cuma meminta untuk korang support aku dari belakang . Aku meminta untuk korang faham apa yang aku alami .
Cukup la aku sakit hati , terkilan bila aku dengar cerita yang kawan aku sendiri salahkan aku . Kawan aku sendiri tak support aku . Cukup la . Aku tak sanggup nak hadap semua nie . Cukuplah aku dengar yang 'dia' sendiri salahkan aku atas apa yang terjadi . Aku tak pernah langsung salahkan dia atas apa yang berlaku . Sikit pun tak . Tapi kenapa dia sanggup jaja cerita yang aku punca segala masalah ni . Tak cukup kau seksa jiwa aku . Kau nak jaja cerita aku?? Tak cukup lagi . Aku tak pernah meminta korang untuk memilih sama ada aku atau dia . Tak pernah aku suruh .
Ada masa tu aku rasa malu nak tayang muka kat semua orang . Malu kerana orang dah judge aku yang bukan-bukan . Judge atas apa yang tak pernah aku lakukan . Aku malu dengan tindakan aku . Cukup lah semua nie . Ya Allah , kau ringankanlah bebanku ! :'(
APA YANG AKU TULIS INI HANYA UNTUK MEMBETULKAN YANG SALAH DAN MELUAHKAN APA YANG AKU RASA .
Try to SMILE |
teddygurlz
Mel Lina , jangan sedih2 ... Mari gembirakan hati dengan join satu segmen review ... Cik Adieb tag Mel Lina :)
ReplyDeletehttp://nourayuadieb.blogspot.com/2012/02/tehaanfm-review-blog-saya.html