Monday, December 17, 2012

#SejakMasukTeknik

Monday, December 17, 2012,11:52 PM | Comment
Hello dunia =D



Haiiiiii tak sangka sebosan ini kehidupan selepas SPM. Rasa tersangatlah janggal bila da lame tak buka buku. Kadang-2 terngiang-2 saat belajar Chemistry tajuk Carbon Compound tajuk yang paling aku suka. Teringat ECS yang kena hafal tu 'Kalau Nak Kawen blablabla..'  Teringat Fizik pulak saat belajar dengan Cikgu Herman waktu first dia ganti Cikgu Hayati. Teringat sangat saat kena letak tangan kat belakang then hantuk kepala sampai cikgu dengar bunyi. HAHA kelakar sangat + malu ^^' . 

Kstop jangan biarkan aku terus mengingat 'kenangan yang boleh menyentuh hati aku' kononnya. Berbalek kepada tajuk yang dah menyimpang jauhh nie. Before tu nak cakap tadi ternampak gambar Abi seriously air mata tetibe jatuh. Kdaaa. Semalam kat twitter jadi trend #SejakMasukTeknik. And bermacam Kustechians tulis about that. Tak lepas jugak dengan aku.

-> #SejakMasukTeknik lahh aku mengenal erti persahabatan yang sebenar
-> #SejakMasukTeknik aku kenal erti TIDUR dalam kelas
-> #SejakMasukTeknik banyak perkataan baru yang menganjing such Capub, legend -.-' 
-> #SejakMasukTeknik baru aku berkawan rapat dengan Public Phone ^^' 
-> #SejakMasukTeknik baru aku tahu macam mana seronoknya makan Maggi dengan kawan kat balkoni tyme puasa 
-> #SejakMasukTeknik aku kenal erti 'waktu prep' stand for Preparation. Prep untuk belajar bukan untuk bergosip, menyanyi atau bergendang 
-> #SejakMasukTeknik baru tahu belajar basuh baju guna 'tangan'. Kalau tak harapkan mesin je. 
-> #SejakMasukTeknik pergi sek pakai baju koperat oren ngan seluar slack dan kasut kilat-2. Sek laen takdooo 
-> #SejakMasukTeknik baru aku kenal T-square, set square, maped, board LK and blablabla. 
-> #SejakMasukTeknik aku kenal erti 'SABAR' yang sebenar. Sabar tunggu turn mandi, turn amek makanan, Paling sabar dengan Senior batch 12 and Junior batch 14. 
-> #SejakMasukTeknik baru aku jumpa LED, RELAY, BUZER, DIOD, IC, WATER PROBE and blablabla sebab aku budak Elektrik. 
-> #SejakMasukTeknik kami selalu shopping kat KOOP je. Tu tempat melabur duet waktu lapar ^^' 
-> #SejakMasukTeknik aku baru tahu erti 'fly' yang sebenar. 
-> #SejakMasukTeknik baru aku tahu 'outing' adalah salah aktiviti yang agak best sebab dapat keluar dari kepompong penjara tu. ^^' . Lagi2 outing ngan member. Berjoli kiteorang. 
-> #SejakMasukTeknik aku belajar 'gosok milo' sampai jadi keras dan makan. Yumm. 
-> #SejakMasukTeknik aku belajar perkataan 'after'.Nak mandi 'after'. Nak basuh baju 'after'. 
-> #SejakMasukTeknik aku dapatlah merasa tidur kat netball court sebab bising waktu malam. Nie tyme aku form4. Seronok tido reramai ^^' 
-> #SejakMasukTeknik kena nyanyi lagu sekolah setiap hari. pftttt bosan giler -.-' 
-> #SejakMasukTeknik kadang2 tidur 1katil 2orang and gosip dulu baru tidur tu perkara biasa. 
-> #SejakMasukTeknik lah aku update blog mesti berkaitan dengan Teknik atau Asrama ^^"

Yang nie sengaja aku buat yang terakhir :-

Nie masa form4. Kita rapatkan dulu?? :")
Our dorm masa form4
#SejakMasukTeknik aku kenal Nisha, Liya, Along, Zai, Niza,Nad budak dorm yang awesome. Even kita tak macam dorm lain kann. Dorm lain habeskan masa dorang dengan budak dorm maseng-2 tapi kita??? -__- buat hal sendiri. Kadang-2 aku tengok kita dalam dorm 'kau buat hal kau, aku buat hal aku'.

 Kita satu dorm tak pernah pergi DM sesame, pergi sekolah sesame,pergi surau sesame, pergi mana2 TAK PERNAH SESAME. Nisha dengan geng dia. Zai dengan geng dia. Along buzy dengan studynya. Niza???? Malas nak komen sejak kes yang dia buat aku tak pernah kesah pasal dia dalam dorm. Before habis sekolah pun aku tak pernah tegur dia. Pendek cite aku ngan dia dalam dorm tak ngam. Orang lain apa tahu masalah dorm kita.

Paling-2 tak pun aku dengan Liya je. Tak kira la pergi DM, sekolah, surau koop, mana-2 jela dengan Liya. Kami berdua jela. 

 Sejak Nad pindah dorm Hajar3 sunyi sangat dorm tu. Masukk dorm je bunyi cengkerikk takde sape buat lawak atau nak ceriakan suasana dorm tu. Dorm kita 6orang je :'( Sedih wehh bila fikir balek. Tapi papepun korang tetap budak dorm aku. Aku tetap sayang korang. Rindu sangat saat mula-2 masuk form4 dulu. Kita rapat kann :')

Masa form4 dorm kita ramai kan. Ada Ieba, Tea, Atiqa, Fatin. Tapi akhirnya tinggal 5 orang je. Atiqa dengan Ieba pindah. Tea dengan Fatin pindah dorm. Knampak sangat time form4 dulu dorm kita memang bermasalah kann sampai melibatkan parents. Kmemang nampak sangat kita 1dorm tak pernah serasi.
Dari blog Nisha. Sumpahh terharu :')

Yang ini classmates aku :-

#SejakMasukTeknik baru aku kenal Syira,Hani,Lily. Bila nak habes sekolah baru kita rapatkann. Sumpahh sayang sangat kat korang. Tyme gempur korang selalu dengar cite aku. Kekadang la. Aku suka cite pasal Abi. Korang mesti fed up kann. Syira cite pasal Am. Hany pasal AZ. Lily pasal abang dia. HAHA kelakar wehh bila ingat moment tu. Aku suka dengar cite korang. Seriously. Nampak semangat.

 Aku suka dengar bila Hany cakap 'astagfirullahalazim astagfirullahalazim'. Comel sangat. Aku suka dengar bila Lily panggil 'abang'. Aku suka tengok Syira marah. Errr menyampah sebenarnya. HAHA. Tapi seriously bila aku sedih memang korang tempat aku ngadu jugak. Ingat tak aku ada cite pasal impian aku nak dengar Abi azan?? 

Aku nanges bila aku tahu bukan Abi yang azan korang bagi semangat kat aku. Korang cakap esok-2 dia azan la tu padahal memang dia tak azan pun. Korang ingat jugak tak saat azan isyak suara yang azan tu sama macam suara Abi. Aku, Syira, Hany, Lily kita sama2 menanti betul ke Abi azan sekali rupanya Alip Joe. Pappp air mata aku terus jatuh and time tu korang la tenangkan aku. Wehh rindunya kat korang.



Hany, Aida *tetiba ada, Mel, Lily, Syira


Yang nie bestie forever ever ever aku :-


#SejakMasukTeknik aku kenal HAZIQ. Kat teknik dialah satu-satunya kawan lelaki yang sangat sangat rapat dengan aku. Aku tahu kadang-2 dia fed up dengan perangai gedik aku. Walauapapun dia still layan aku. Bila aku down, dia pemberi semangat.  Bila aku sedih, dialah bahu aku. Bila aku saket, dialah yang tambah kesakitan aku. HAHAHA gurau.

Kadang-2 dia macam boyfriend aku, kami selalu texting kat asrama je la tapi. Bila kiteorang texting, dia suka cite pasal awek dia -.-. Kadang-2 tu memang fed up tapi asalkan dia happy aku layan jela. Aku tak boleh cakap lelebih. Aku taknak awek dia fikir lain. Lagipun dia selalu cakap dia sayang kat awek dia. Seriously aku SAYANG dia.

  Sayang dengan cinta benda yang berbeza okayy. Bagi aku, orang yang kita sayang kita akan biarkan dia pilih apa juga pilihan yang dia nak as long as dia happy, aku pun happy. Kadang-2 tu kiteorang nie berdebat menegakkan apa yang kami suka. Saket hati tapi tu la yang seronok. Walau apapun, terima kasih sahabat =D Thanks jadi sahabat aku.





Aku rasa entri kali ni terlampau panjang sebab aku rasa idea aku mencurah-curah. Tangan laju menaip sampai lupa :) Seronok sebenarnya stay asrama kat Teknik tu even kawasan sawit. Kadang-2 bangun pagi perghhh bau sawit kuat. Tapi lama-kelamaan da biasa.

Aku minta maaf sesangat kalau aku buat korang fed up baca entri yang tak bermakna bagi korang mungkin. Maaf juga kalau aku bazirkan masa korang dihadapan lappy dengan membaca entri aku yang pape tah nie. Papepun thanks sebab sudi baca.







Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

No comments:

Post a Comment

Awak comment , saya balas !