Wednesday, November 06, 2013

This is Life :)

Wednesday, November 06, 2013,4:30 PM | Comment




Dalam dunia nie tak ada benda yang kita buat mudah. Inilah kehidupan. Yess nak berjaya pun kena susah dulu.

Yup aku tahu sekarang musim exam. SPM STPM. Yang baru nak start sem. Baru nak habis sem macam aku nie. 

Aku sengaja nak throwback saat aku nak decide sama ada nak pilih diploma atau matrik. Sapa yang baca post aku before nie korang tahu la yang diploma aku dapat tawaran Diploma Perakaunan. Kalau matrik confirm aku sambung elektrik macam kat teknik dulu. Bila ingat balik kenapa aku pilih akaun. Okayy the reason is just because of aku minat mengira. Thats the reason. Tanpa fikir apa aku apply akaun. Alhamdulillah aku dapat. Tapi aku minat jugak elektrik. Nampak tak dilemanya aku masa nak decide. 

Satu je aku boleh cakap, aku boleh nasihat untuk junior yang tengah SPM sekarang nie. Kau buat solat istikharah, kau percaya Allah ada insha Allah, Allah akan tolong korang buat keputusan. Percayalah gerak hati korang. Dari situ Allah bantu.

So alhamdulillah. In the reality of life, aku masih di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Aku masih di sini selagi tak kena tendang. So bila orang tanya how about your matric life?? Kalau korang tanya students lain pasal kehidupan matrik nie, yes aku tahu they have their own opinion. But this is my experiences.


Matrik??? Aku malas nak cakap banyak. Kat matrik kau kuat, kau tabah, kau cekal, kau rajin there is enough for you to survive. Aku bukan seorang yang rajin, but kat matrik aku kena jadi rajin. Sini bila aku tengok orang study, aku akan rasa something yang zaman SPM dulu aku tak pernah pun rasa macam nie. Serious aku cakap masa zaman SPM dulu aku tak pernah nak stay up sampai lewat malam, tak pernah minum nescafe kopi ke ape ke sebab aku memang tak suka nescafe kopi pun. Tapi kat sini, kat matrik nie lah aku belajar minum nescafe kopi. Belajar stay up. 

Baru aku tahu student life nie tak indah mana pun. Yes aku tahu sambung belajar best. Belajar jauh jauh. Bangga la konon bila orang tanya sambung mana semua tu kan. Itu semua aku tahu. Tapi belum lagi kalau ada problems dengan kawan korang, kawan sekuliah. Bab kawan nie tak payah cerita la. Kalau kau pandai cari kawan, kau selamat. Tu je. 

Sekarang??? Lepas paper math masa PSPM hari tu ramai gila give up. Masa tu baru paper first wehh. Ramai jugak yang decide nak keluar matrik. Bukan setakat baru nak decide, dah ada yang keluar dah pun. Yupp I know rezeki ada kat mana2. But kau kena usaha juga. Dormates aku sendiri pun dah keluar matrik. Semoga dia pun berjaya kat luar sana. 


Kesimpulannya macam aku cakap tadi, kalau kau kuat kau tabah kau cekal kau rajin insha Allah kau boleh. Apa yang kau usaha itu yang kau dapat. Kat dunia nie tak ada benda yang senang. Kalau kau rasa susah, yess orang lain pun rasa susah. Semua orang ada sifat malas jugak, bezanya macam mana kau nak atasi sifat malas kau tu. 

Kat matrik kalau kau ada prob dengan kawan kau, buah hati kau, kau kena fikir macam mana nak settlekan. Baru boleh fokus. Aku bukan nak cakap besar atau berlagak tapi aku sendiri ada prob dengan kawan aku sendiri. Dah sebulan lebih macam nie wehh. Satu kuliah pula. Korang tahu macam mana aku handle? Macam mana lemahnya aku. Tapi aku kena kuat. Nak tak nak aku kena jugak jadi kuat. Even ada masa tu aku sendiri terpaksa pura2 jadi kuat. Kalau kau tak kuat, kau kecundang. Serious talk. Aku jugak ada orang yang aku minat. Nak nak satu kuliah. Can you imagine macam mana aku nak fokus. Semua tu terletak pada diri kau. Kau sendiri yang tentukan. Aku cuma nak cakap yes aku berjaya kawal.


 Im happy with my life coz I know that Allah is there. The most important thing is dont forget Allah. 


This is my life. KMTKians.

Untuk rakan rakan seperjuanganku di matrik, berdoalah selagi result tak keluar. Moga keajaiban berlaku. 

Assalam :)


Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Saturday, May 25, 2013

Kata semangat untuk AKU nak pi matrik nie.

Saturday, May 25, 2013,3:41 AM | Comment


Ingat lagi saat-saat masa di sekolah rendah. Lepas tu naik ke sekolah menengah. Lepas tu aku masuk teknik. Bila ingat balik aku masuk teknik bukan atas dasar minat pun. Bila sudah habis sekolah mulalah nak rindu-rinduan. 

Now I'm still cannot believe yang aku nak daftar matrik dahh. Macam tak percaya yang aku akan lalui alam yang lagi mencabar. Kenapa aku pilih matrik??

---> Sebab bukan Politeknik, Kolej Mara, Maktab, Diploma ataupun Tingkatan6.

Senarai kat atas nie aku cuma dapat Matrik dan UPU je. So upu aku adalah :-


Akaun?? Haha sangat lari bidang, dulu elektrik. Tapi bagi aku semua tu takde masalah kalau korang usaha. Lagipun aku bukan nak cakap pasal pengalaman sebab aku belum ade lagi pengalaman masuk matrik, diploma atau mane2 kolej.

Senang cerita macam nie, pokok pangkalnya diri kita. Susah senang tu cuma mindset kita je. Mindset yang penghujungnya akan mempengaruhi siapa diri kita. Mana ada benda yang senang kat dunia nie kalau tanpa usaha kann. Kau usaha, kau dapat.

Sungguh! Kita adalah apa yang kita fikirkan. Mindset kita akan menentukan siapa kita. 

Jadi bagi aku, lepas nie simpan je la result SPM tu. Once kau dah masuk ke alam universiti nie, orang dah tak pandang semua tu. It's like you need to start a new life lepas kau kecundang. Lebih kurang cenggitu la kot. Betul ke idokk le tuu.

Walaupun actually aku belum ada pengalaman lagi tapi percayalah once kau dah jejak kaki ke IPTA, tak kiralah Diploma, Politeknik, Kolej, Matrik, Asasi atau sebagainya orang dah tak tanya dah result SPM kau dulu dapat berapa.

Yang orang sibuk-sibuk nak tanya "Ehh pointer kau berapa sem nie?" "Kau dapat dean list ek?" "Wahh hebat kau score 3.5 above" dan dialog seangkatan dengannya. Masa tu korang akan nampak the reality of life. 

So here, I want to make a conclusion, di mana pun kita belajar kalau kita berusaha kita akan dapat kejayaan tu. Tak kiralah di mana tempat kita belajar, yang penting kita sambung belajar. Jangan berhenti setakat tingkatan5 sebab perjalanan kita jauh lagi dan perlu digilap.

Jadi kawan-kawan, just forget about our SPM result and move onnn. Set our mind. Ini baru permulaan fasa baru hidup kita. 

 Setiap kerjaya ada kepakarannya masing-masing. Setiap bidang ada cabaran yang tersendiri.


Be positive. Nothing is possible. We are what we think. But if you think you are the best, then you are the best of yourself. Believe me. The most important thing, don't forget Allah. He knows the best for us. Don't lose hope. Pray for me too :)


Aku taknak berjaya sorang-sorang. Kita berjaya sesame ehh. Korang pun taknak tengok aku kecundang kann.

Selamat menempuhi  fasa baru dalam mencari ilmu. Assalamualaikum :)




Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Monday, April 29, 2013

Matrikulasi, UPU ?? Tolong bantu saya.

Monday, April 29, 2013,7:05 AM | 4 Comment

Assalamualaikum.

Hai hari ini aku macam takde mood nak bertegur sapa dengan orang. So aku pun malas nak menyimpang-nyimpang. Aku nak share satu story yang mengusutkan kepala aku since result matrik keluar.

Aishh korang pun mesti macam dah dapat agak-agak je kann. Apa yang aku nak cerita semua yang terjadi dekat aku selepas result matrik keluar. Aku takde amik petikan dari mana-mana.

First aku nak cerita pasal perbualan aku dengan kakak sepupu aku. Aku panggil dia kak Norli. Kak Norli nie ibu kepada Haziq Rafie. Mungkin budak Kustech yang ade bace blog aku nie tahu la sape Haziq tu aka Cicakman. Heh.

Perbualan kiteorang bermula bila Kak Norli tanya 'Terima ke tak matrik tu?'. Dan confirm2 la standard jawapan 'tunggu UPU'. Then yang membuat aku macam aku taktahu nak jawab apa bila kak Norli tanya 'Apa yang kau tunggu kat UPU? Diploma? Apa yang kau nak tunggu sangat diploma tu??' Seriously aku macam diam taktahu nak jawab apa.

Okay la dipendekkan cerita kak Norli cakap macam nie :

'Kau kena fikir ayah nak pencen tau nanti. Kalau kau ambil diploma, kau kena pinjam PTPTN. Diploma 3tahun, Ijazah 3tahun. Paling comman hutang ptptn tu diploma dengan ijazah lebih kurang 40ribu. Mana kau nak dapat duit nak bayar. Ayah nanti pencen. Kaklong punya ptptn pun nak kena bayar gak. Naknak kau minta Diploma Perakaunan. Kau tu da lah sains Teknikal. Lari bidang. Ingat Perakaunan nie senang ke?? Ade sepupu Abang Sahak tu (sepupu suami dia) meninggal sebab putus urat, stress sangat. Mana taknye nak pikir duit, asyik kira duit. Salah kira kena ganti. Fikir la ayah sikit. Ringankanlah beban ayah tu. Kalau kau ambil matrik 1tahun ada elaun.Cuma ijazah je paling tak hutang 20ribu. Fikirkanlah'

Kalau diikutkan banyak sangat Kak Norli bebel kat aku. Bukan setakat kak Norli, jumpa sedare lain, kawan ayah ke majoriti semua suruh masuk matrik. Hah ada lagi ayat kak Norli

'Kau lupakan jela UPU tu. Ambil je matrik. Macam Haziq (anak dia) pilih uniKL. Tak tunggu upu pun'

Yang pasti solat istikharah tu memang aku buat. Kawan2 tolong doakan yang terbaik untuk aku. Aku tahu sapa je tak dilema nak pilih apa yang terbaik untuk kita. Dalam hidup nie kita memang tak lari dari buat pilihan.

Yaa aku tahu rezeki Allah bagi, tapi kita kena jugak usaha bukann??

Andai ditakdirkan rezeki aku di matrik, aku tak pernah kesah pun kena ikut peraturan macam peraturan asrama. Dulu aku duduk asrama kat Teknik, bahagia je aku. 

Aku tahu Matrik nie selalunya jadi pilihan terakhir untuk SPM leavers. Dan aku tahu jugak masuk matrik kena power. Bagi aku jugak matrik macam tempat untuk kau start a new life. Ibarat macam kau punya result SPM teruk gile pastu kau repeat and yeah Matrik is the one for you.

Aku tak nafikan ada jugak orang yang mungkin dia nak kita pilih yang terbaik, tapi tanpa sedar sebenarnya kata2 dia tu membuatkan aku rasa down dan rasa macam tak layak masuk matrik. Mungkin niat dia memang nak tolong ringankan beban kita. Takpa aku appreciate tu.  

Nasib aku ada kakak yang pernah masuk matrik. And ofcourse dia orang pertama yang aku tanya pendapat. She said Matrik nie orang yang dapat 2 3A pun boleh masuk berbanding asasi. 

Sebab tu bila budak2 biasa yang masuk matrik dye akan cakap matrik nie tough giler ar. Tapi tak mustahil kalau dulu dia dapat 2 3A then kat matrik dia boleh dapat 4flat. Takda benda yang mustahil.

Sepanjang aku menaip nie aku ada fikir gak, agak2 ada ke orang nak baca entri aku yang melalut tah pape tah nie. 

Aku doa andai kata betullah matrik adalah tempat yang terbaik untuk aku, maka tunjukkanlah Ya Allah supaya aku ada kekuatan dan semangat serta keyakinan untuk sambung belajar di matrik. Aminnn.

Kawan2 yang mungkin ada baca blog aku nie tolong doakan yang terbaik untuk aku. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan2 aku :)

Assalamulaikum :)



Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Friday, March 29, 2013

Kemaskini UPU. Ini keputusan muktamad

Friday, March 29, 2013,11:30 PM | Comment

Assalamualaikum.

Aku tengah menaip nie sambil melihat Jozan wehhh. Agak2 mana satu aku fokus, Jozan atau blog nie??? Kikikiki. Korang sendiri tahu jawapannya.

Izzue Islam berlakon dalam drama 'Sebenarnya saya isteri dia' handsome wehhhhhh. 

*melting melting* Aku ada novel tu :) 

Tak minat??? K diammm.
Okayy sebelum aku nak cerita pasal course yang aku apply konon-kononnya tu, aku nak cakap nie. Irma Hasmie dah selamat beranak wehh. Pehhh beranak katanya. Baby boy. Comeyy beb. Bersepah2 dah gambar baby dia kat fesbuk tu. Uittt pasai apa pulak muncul cite Irma nie, Aishh ate kome tak tahu I admire her. Admire gilerr kot. Arghhhhh aku minatt sangat sangat dia. K abaikan.

Back to the topic la, sekarang pun mood orang nak kemaskini UPU tu balik kann. Same goes to me la. Bawah nie course yang aku apply before result keluar :)

1. UITM - Dip kej Elektrik (Elektronik)
2. UIAM - Asasi Senibina dan Reka bentuk Alam sekitar
3. UTeM - Dip kej Elektronik
4. Politeknik - Dip Senibina
5. UITM - Asasi Kejuruteraan
6. UniMAP - Dip Kej Komputer
7. Politeknik - Dip Kej Elektronik (Perubatan)
8. UIAM - Asasi kejuruteraan dan Sains Komputer

So bila aku dah tahu result aku yang ala-ala cukup bagi aku makan tu, aku takdee la nak apply asasi bebanyak macam aku apply before nie. Result tak seberapa nak apply dasar tak sedar diri betul heh. 

So lepas buat istikharah, tanya pendapat cikgu, kakak dan orang sekeliling, dengan bantuan ekspo selangkah ke uitm tu alhamdulillah takde la kusut sangat masa nak fikir course apa yang patut aku pilih nie.
So yang terbaru punya tengok kat bawah nie.

1. UITM - Dip Perakaunan
2. UITM - Dip Sistem Maklumat Perakaunan
3. UITM - Dip Kej Elektrik (Kuasa)
4. UITM - Dip Sains (Matematik)
5. UPSI - Dip Sains (Matematik)
6. UnisZa - Dip Perakaunan
7. UIAM - Asasi Senibina dan Reka bentuk Alam sekitar
8. UITM - Dip Pemulihan Cara kerja

Hah nampak tak semangat matematik aku kat situ. Apa yang aku apply memang more kepada kira-kira. I love math. I hope that aku boleh bawak la subjek2 yang aku apply nie. Aku ingat sangat kata-kata cikgu Rosnah masa borak dengan dia masa ambil result hari tu.

"Result SPM nie cuma tiket kita nak masuk U je. Bila dah masuk U, result SPM orang dah tak pandang dah. Walaupun straight A pun SPM kita, belum tentu dekat U kita dapat pointer 4flat"

Nampak tak 4 choices yang pertama tu aku apply UITM? Sebab aku memang nak masuk UITM pun. Yuran murah. Pendapat aku bila kita apply U yang sama untuk 4choices yang pertama tu, nampak la semangat kita memang bersungguh-sungguh nak masuk U tu idok gitu. 

Mungkin senang dapat. Mana la tahu. Bagi aku bila pilihan pertama aku tak dapat, aku masih ada pilihan kedua. Dan bila pilihan kedua aku tak dapat juga, aku masih ada pilihan ketiga walaupun bukan course akaun tapi still dapat UITM. 

Wahhh kau Mel pandai buat andaian sendiri. Hehe aku cuma fikir apa yang mungkin terlintas kat kepala otak aku ni. Ehh mana la tahu betul kannn. 

Mana tahu kalau pilihan satu dan dua tak dapat, still ada pilihan ketiga. UITM jugak. So tak payah nak hold lame. Ahhh mungkin korang tak paham aku cakap apa, k abaikann.

Dapat course apa atau U mana tak jadi masalah bagi aku. Semua tempat sama je yang penting tujuan kita nak belajar atau nak pergi main kann.

So andai kata korang tak dapat course yang korang minta atau U yang korang nak, anggap je la ada hikmah disebalik semua nie. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita sedangkan kita tak tahu apa-apa. Kita cuma mampu merancang je.

Mana la tahu course yang korang minta sebenarnya korang tak boleh bawak even korang minat. Kita tak tahu apa terjadi akan datang kann. So daripada aku melalut yang tah pape baik aku chiou dulu. 

Hah nak habaq sikit dari start MLM Jozan tadi sampai dah habis da pun rancangan tu, aku tak habis2 menaip nie. Apa pun tak bolehh. Kbhaiii :)

Ehh pilihan ke-8 aku tu macam LAWAK sikit kann :D


Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Saturday, February 09, 2013

Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja

Saturday, February 09, 2013,5:25 PM | Comment

Cerpen ini aku nak kongsi bersama. Harap korang dapat spend masa untuk baca.
Taknak baca takpe :)
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.
Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.
Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!”
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu”.
Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.
Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, “abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?”
Lalu saya menjawab sambil lewa, “kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri”.
Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.
Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?
Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.
Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.
Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.
Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.
Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).
Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.
Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.
Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.
Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa: apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.
Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,

 lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,

lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Untukmu Gadis Yang Meningkat Remaja
*gambar sekadar hiasan..

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan,

 ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,

 ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak,

dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.
Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
“buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.


Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

Thursday, January 31, 2013

Kisah Lobak, Telur dan Coklat Panas

Thursday, January 31, 2013,10:57 AM | 2 Comment

Nur Izzah, seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana silih-berganti masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap ‘horror’. Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di mata dunia, bernama Chef Jay.
Di dalam dapur yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk ‘stainless steel’ yang berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya.
Nur Izzah kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah, telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama Galaxy ( memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.
Nur Izzah menarik muka masam. Dia tidak merasakan ayahnya memahami masalahnya. Selepas beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara ayah dan anaknya pun bermula.
Chef Jay : Apa yang Izzy (nama manja) nampak?
Nur Izzah : Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat panas…
Chef Jay : OK… cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu… lepas tu… beritahu ayah apa yang Izzy rasa.
Nur Izzah : Hmmm… lobak merah tu lembut dan senang dikunyah, telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair (mentah) tapi bila dah rebus jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika panas. Tapikan… kenapa ayah buat macam ni???
Chef Jay : Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindak balas yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila dibancuh dengan air panas.
Nur Izzah : Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni? Izzy tak faham.
Chef Jay : Air yang panas menggelegak itu umpama semua masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut (lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah).
Jangan jadi seperti telur ayam kampung isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu) walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu, menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak.
Begitulah Izzy yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak menghadapi masa hadapan.
Nur Izzah menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu… Seakan-akan muncul semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.
Sahabat-sahabatku sekalian…
Ujian adalah Tarbiyyah daripada Allah s.w.t.
Berilah pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar masalah mereka.
Moga-moga kita dirahmati Allah s.w.t. Amin…
Sumber : IluvIslam



Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya