Monday, April 29, 2013

Matrikulasi, UPU ?? Tolong bantu saya.

Monday, April 29, 2013,7:05 AM | 4 Comment

Assalamualaikum.

Hai hari ini aku macam takde mood nak bertegur sapa dengan orang. So aku pun malas nak menyimpang-nyimpang. Aku nak share satu story yang mengusutkan kepala aku since result matrik keluar.

Aishh korang pun mesti macam dah dapat agak-agak je kann. Apa yang aku nak cerita semua yang terjadi dekat aku selepas result matrik keluar. Aku takde amik petikan dari mana-mana.

First aku nak cerita pasal perbualan aku dengan kakak sepupu aku. Aku panggil dia kak Norli. Kak Norli nie ibu kepada Haziq Rafie. Mungkin budak Kustech yang ade bace blog aku nie tahu la sape Haziq tu aka Cicakman. Heh.

Perbualan kiteorang bermula bila Kak Norli tanya 'Terima ke tak matrik tu?'. Dan confirm2 la standard jawapan 'tunggu UPU'. Then yang membuat aku macam aku taktahu nak jawab apa bila kak Norli tanya 'Apa yang kau tunggu kat UPU? Diploma? Apa yang kau nak tunggu sangat diploma tu??' Seriously aku macam diam taktahu nak jawab apa.

Okay la dipendekkan cerita kak Norli cakap macam nie :

'Kau kena fikir ayah nak pencen tau nanti. Kalau kau ambil diploma, kau kena pinjam PTPTN. Diploma 3tahun, Ijazah 3tahun. Paling comman hutang ptptn tu diploma dengan ijazah lebih kurang 40ribu. Mana kau nak dapat duit nak bayar. Ayah nanti pencen. Kaklong punya ptptn pun nak kena bayar gak. Naknak kau minta Diploma Perakaunan. Kau tu da lah sains Teknikal. Lari bidang. Ingat Perakaunan nie senang ke?? Ade sepupu Abang Sahak tu (sepupu suami dia) meninggal sebab putus urat, stress sangat. Mana taknye nak pikir duit, asyik kira duit. Salah kira kena ganti. Fikir la ayah sikit. Ringankanlah beban ayah tu. Kalau kau ambil matrik 1tahun ada elaun.Cuma ijazah je paling tak hutang 20ribu. Fikirkanlah'

Kalau diikutkan banyak sangat Kak Norli bebel kat aku. Bukan setakat kak Norli, jumpa sedare lain, kawan ayah ke majoriti semua suruh masuk matrik. Hah ada lagi ayat kak Norli

'Kau lupakan jela UPU tu. Ambil je matrik. Macam Haziq (anak dia) pilih uniKL. Tak tunggu upu pun'

Yang pasti solat istikharah tu memang aku buat. Kawan2 tolong doakan yang terbaik untuk aku. Aku tahu sapa je tak dilema nak pilih apa yang terbaik untuk kita. Dalam hidup nie kita memang tak lari dari buat pilihan.

Yaa aku tahu rezeki Allah bagi, tapi kita kena jugak usaha bukann??

Andai ditakdirkan rezeki aku di matrik, aku tak pernah kesah pun kena ikut peraturan macam peraturan asrama. Dulu aku duduk asrama kat Teknik, bahagia je aku. 

Aku tahu Matrik nie selalunya jadi pilihan terakhir untuk SPM leavers. Dan aku tahu jugak masuk matrik kena power. Bagi aku jugak matrik macam tempat untuk kau start a new life. Ibarat macam kau punya result SPM teruk gile pastu kau repeat and yeah Matrik is the one for you.

Aku tak nafikan ada jugak orang yang mungkin dia nak kita pilih yang terbaik, tapi tanpa sedar sebenarnya kata2 dia tu membuatkan aku rasa down dan rasa macam tak layak masuk matrik. Mungkin niat dia memang nak tolong ringankan beban kita. Takpa aku appreciate tu.  

Nasib aku ada kakak yang pernah masuk matrik. And ofcourse dia orang pertama yang aku tanya pendapat. She said Matrik nie orang yang dapat 2 3A pun boleh masuk berbanding asasi. 

Sebab tu bila budak2 biasa yang masuk matrik dye akan cakap matrik nie tough giler ar. Tapi tak mustahil kalau dulu dia dapat 2 3A then kat matrik dia boleh dapat 4flat. Takda benda yang mustahil.

Sepanjang aku menaip nie aku ada fikir gak, agak2 ada ke orang nak baca entri aku yang melalut tah pape tah nie. 

Aku doa andai kata betullah matrik adalah tempat yang terbaik untuk aku, maka tunjukkanlah Ya Allah supaya aku ada kekuatan dan semangat serta keyakinan untuk sambung belajar di matrik. Aminnn.

Kawan2 yang mungkin ada baca blog aku nie tolong doakan yang terbaik untuk aku. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kawan2 aku :)

Assalamulaikum :)



Thanks for reading. Semoga hidup kita dirahmati-Nya

4 comments:

  1. Solat istikarah byk2 ey? mohon petunjuk dri Nye :D

    ReplyDelete
  2. Mel!!!! Imissssyouu..do the best okay!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Saya tak rasa matriks ni pilihan terakhir untuk lepasan spm. Mmg pada mulanya susah kita nak buat pilihan. But think wisely, decide mana yg BERI LEBIH KELEBIHAN buat diri kita. As you know, matriks tak smpi setahun pun and with good result, blh terus sambung degree. Jimat masa dah kat situ. Seriously, masuk la matriks klu nak belajar dgn sungguh2, kat matriks suasana lain dan jgn terkejut kalau awak akn jadi lebih rajin dan dpt result yg cemerlang. Dulu pun saya tak yakin nak masuk matriks, tapi tgk skrg. Alhamdulillah, rezeki yg Allah bg mmg terbaik buat hambaNya :) Saya bersyukur sgt sbb pilih matriks. But at last, it is ur choice. So selamat memilih and don't presseure urself :D

    ReplyDelete

Awak comment , saya balas !